Al-Sihat adalah produk penjagaan kesihatan yang lengkap untuk kegunaan lelaki dan wanita setiap hari. Semakin hari, semakin banyak produk penjagaan kesihatan diperkenalkan dalam pasaran terutamanya produk tempatan. Ini amat dialu-alukan memandangkan ia mampu mengurangkan kebergantungan kepada produk luar negara.
Kesedaran semakin timbul di kalangan penduduk Malaysia samada tua atau muda betapa peri pentingnya mengamalkan secara konsisten penjagaan kesihatan agar terhindar dari penyakit terutamanya yang berkaitan gaya hidup seperti kencing manis, darah tinggi, gout dan masalah kolestrol. Rata-rata penduduk Malaysia memang berpengetahuan tinggi tentang penyakit dan cara mencegah dan merawat. Namun kebanyakannya masih belum menjadikan penjagaan kesihatan secara tetap satu tabiat harian sedangkan itu adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit. Apabila penyakit sudah berada di tahap kritikal seperti pada tahap 3 atau 4, maka barulah mereka cuba mencari-cari produk itu dan ini. Dalam penjagaan kesihatan, istiqamah adalah lebih baik dan berkesan. Biar sedikit tapi jadikan ia satu amalan secara berterusan setiap hari.
Herba Khazanah Alam Anugerah ALLAH
Malaysia dan negara-negara serantau mengandungi khazanah alam yang menghasilkan pelbagai tumbuhan dan herba dan banyak antaranya boleh dijadikan penawar kepada penyakit. Tidak kenalkah kita pada Mas Cotek, Pasak Bumi, Mahkota Dewa, Pasak Bumi dan lain-lain?
Banyak antara tumbuhan atau herba ini telah pun menjalani kajian oleh pakar atau doktor dan dibuktikan sangat berkesan dalam menangani penyakit-penyakit tertentu, namun mengapa bila ditanya apakah herba yang baik untuk penjagaan kesihatan, herba yang berjenama dan berasal dari negara barat juga yang mendapat perhatian? Bukankah herba atau tumbuhan yang hidup segar dalam negara atau rantau ini lebih serasi dan lebih sesuai untuk penduduknya?
Produk Al-Sihat
Maka dengan itu H.A. Vision Global telah memasarkan satu produk bernama Al-Sihat bagi membantu semua yang menginginkan badan yang sihat dan cergas disamping membantu mencegah pelbagai penyakit yang lazim bagi penduduk di Malaysia iaitu kencing manis, gout dan darah tinggi.
Ramuan yang digunakan adalah gabungan tumbuhan, pokok, buah, daun atau akar dari Malaysia dan juga herba-herba pilihan yang terbaik dari serata dunia. Gabungan dengan kadar yang besesuaian inilah yang meyakinkan HA Global Vision agar Al-Sihat ini dimanfaatkan oleh seramai mungkin samada tua atau muda, yang sakit mahu pun yang sihat.
Telah terbukti berkesan kerana ramai yang telah mendapat kebaikan darinya. Cuma, sebelum ini ia diperkenalkan hanya kepada mereka yang setempat dan rapat dengan pengusaha HA Vision Global dan disebarkan melalui mulut ke mulut.
Jaminan Suci, Bersih dan Selamat
Apabila kegunaannya semakin meluas, maka produk ini mesti dihasilkan secara banyak dan sudah tentu setiap proses pengeluarannya samada di kilang, ramuan yang digunakan, serta pembungkusan dan pengedaran tertakluk kepada dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Di sini, HA Vision Global berani menyatakan bahawa setiap proses dalam menghasilkan produk Al-Sihat ini mendapat kelulusan dan diiktiraf oleh badan atau agensi yang bertanggungjawab. Kilang telah disahkan bersih dan selamat. Produk telah mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Semua tahap proses dilaksanakan dengan teliti, suci dan bersih dan mendapat sijil Halal JAKIM.
Khasiat dan Kebaikan Al-Sihat
- Mengawal gula dalam darah
- Menambah tenaga dalam badan
- Melancarkan perjalanan darah
- Menambah tahap oksigen dalam darah
- Bertindak balas cepat terhadap sebarang permasalahan kesihatan
- Mencantikkan kulit
- Memaksimumkan keberkesanan herba
- Mengurangkan masalah obesiti
Kenapa Al-Sihat
Al-Sihat membantu proses perawatan penyakit gout, masalah kolesterol, migrain, resdung, sakit sendi, asma, kebas, prostate, buasir, masalah usus & batu karang, darah tinggi dan kencing manis.
Cara Mengamalkan Al-Sihat
- Ambil 15ml pada waktu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur. (Sebaiknya apabila perut kosong)
- Boleh juga mengambil 30ml pada waktu pagi sebelum sarapan atau sebelum tidur.
- Jika ada Gastrik, ambil selepas sarapan atau makan malam
- Anda tidak perlu risau sekiranya anda meminum berlebihan kerana tiada kesan negatif akan dialami oleh badan
Untuk Pesakit Kronik
- Hari pertama, 15 ml diambil pada waktu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur (perut kosong).
- Jika ada gastrik, ambil selepas sarapan atau makan malam.
- Hari yang seterusnya, 30 ml pagi dan malam sebelum sarapan dan sebelum tidur pada waktu malam (1 jam selepas makan malam).
** tidak digalakkan untuk kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun serta ibu mengandung kerana takut mengganggu proses kehamilan tersebut.**
Sila 'Like' di Facebook Page kami: https://www.facebook.com/havg.herbs

No comments:
Post a Comment