Sunday, March 26, 2017

HERBAL JUICE "AL-SIHAT" ON SALE - 100% MONEY BACK GUARANTEE




Tawaran 100% jaminan wang dikembalikan bagi produk HAVG Herbal Juice "Al-Sihat" kini sedang berlansung secara online di https://www.facebook.com/havg.herbs/ 

Dapatkan sekarang dengan terma dan syarat seperti berikut

  • Hanya boleh didapati melalui page facebook HAVG - klik "Shop Now" dan mesej HAVG.
  • Amalkan mengikut peraturan yang ditetapkan
  • Nyatakan penyakit dan tahap (sekira ada)
  • Kos penghantaran tidak dikembalikan (RM10)
  • Terhad 5,000 unit pertama atau sehingga 10 Mei 2017
  • Tempoh 30 hari bagi mengemukakan kes untuk tuntutan wang, bermula 30 hari dari tarikh tamat mengamalkan jus "Al-Sihat" seperti dalam peraturan
  • Tempoh proses pengembalian wang - 30 hari
  • Sebarang pertanyaan, sila kemukakan di ruangan mesej di page "Shop Now"


Selamat mencuba, InsyaAllah memperolehi kebaikan dan khasiat dari Jus Herba "Al-Sihat".

Untuk maklumat lanjut produk sila layari info "Al-Sihat".






Sunday, March 19, 2017

HOW DO STRAWBERRIES HELP SUPPORT HEALTHY BLOOD SUGAR LEVELS?

One of the more recent areas of health benefit to be documented in strawberry research is the area of blood sugar benefits. Several recent studies have found regular intake of strawberries to be associated with decreased risk of type 2 diabetes. In some of these studies, frequency of strawberry intake definitely seems to matter since an intake frequency of once per week or less is not associated with blood sugar benefits in some studies. In these studies, significant benefits do not emerge until frequency of intake reaches at least 2-3 strawberry servings per week.



Of special interest for blood sugar regulation is the relationship recently documented by researchers between intake of strawberries, intake of table sugar, and resulting blood sugar levels. As you might expect, excess intake of table sugar (in a serving size of 5-6 teaspoons) was able to produce an unwanted blood sugar spike in study participants during this study. But as you might not expect, this blood sugar spike was actually reduced by simultaneous consumption of strawberries. Approximately one cup of fresh strawberries (approximately 150 grams) was able to decrease blood sugar elevations when table sugar was consumed along with strawberries. 

The investigators speculated that polyphenols in strawberries played a major role in helping regulate blood sugar response. One particular type of polyphenol in strawberries—ellagitannins—might have been especially important for this blood sugar-relating benefit. Ellaginannins are polyphenols that are known to inhibit the activity of an enzyme called alpha-amylase. Since this enzyme is responsible for breaking amylose starches into simple sugars, fewer simple sugars might be released into the blood stream when activity of this enzyme is reduced.

Source: whfoods.org


Please 'Like' our Facebook Page: https://www.facebook.com/havg.herbs for more news and products.




Sunday, February 26, 2017

10 MAKANAN MENURUNKAN TEKANAN DARAH

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.  
  • Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
  • Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. 
  • Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi)



10 Makanan Menurunkan Tekanan Darah:

Makanan Gandum (seperti oat)

Makanan gandum adalah pembekal serat, magnesium dan nutrien penting lain yang diperlukan untuk mengekalkan diet yang sihat dan seimbang. Makanan yang kaya dengan serat juga menjadikan anda rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Anda dicadangkan mengambil bijirin penuh yang tinggi kalium seperti soba dan sekoi.

Bawang Putih

Bawang putih adalah makanan yang baik untuk membantu melawan tekanan darah tinggi kerana ia bertindak sebagai pencair darah. Apabila dicincang ia menghasilkan allicin, satu sebatian yang mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antikulat. Ini boleh membantu melawan penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi seperti strok dan penyakit jantung. Bawang putih juga merendahkan kadar kolesterol.

Bijiran Flaks

Kandungan yang tinggi serat dan boleh membantu mereka yang cuba untuk mengekalkan diet yang ketat dan sihat. Ia juga membantu mengurangkan kolesterol dan kaya dengan omega-3 asid lemak yang melawan keradangan dan jangkitan.

Pisang

Bukan sahaja lazat, pisang juga membantu mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung. Anda dicadangkan makan pisang kerana mempunyai kadar kalium yang tinggi. Makan 2 pisang sehari juga memulihkan kadar gula dalam darah.

Kentang

Kentang sebenarnya makanan yang sihat. Ia adalah sumber kalium yang membantu menurunkan tekanan darah.  Satu buah kentang besar  memiliki 900 mg kalium. Kentang juga menyediakan nutrien lain termasuk karbohidrat, vitamin B6, vitamin C, serat, dan zat besi. Kentang juga kaya dengan magnesium yang membantu tekanan darah lebih rendah dan meningkatkan imuniti secara keseluruhan.

Aprikot

Aprikot adalah pilihan yang tepat untuk memerangi tekanan darah tinggi terutama apabila ia kering. Ia mengandungi serat larut yang membantu menggalakkan penghadaman dan mencegah kembung dan sembelit.

Biji Labu

Biji labu boleh memulihkan tekanan darah tinggi kerana ia mengandungi nilai zink yang tinggi.Zink yang tidak mencukupi boleh membuat arteri anda hilang keanjalan yang menyebabkan keradangan.

Brokoli

Brokoli membantu dalam menangani tekanan darh tinggi dengan baik kerana ia kaya dengan nutrien seperti vitamin C dan beta-karotena. Nutrien yang terdapat secara semulajadi dalam kebanyakan tumbuh-tumbuhan membantu menguatkan imuniti dan melawan penyakit. Sayur-sayuran dengan sebatian serupa termasuk lobak merah dan sayuran berdaun seperti kale dan bayam. Brokoli juga mengandungi kromium yang membantu mengawal insulin dan gula dalam darah.

Gajus

Kacang adalah sumber nutrien seperti besi, kalium dan serat. Gajus khususnya mengandungi magnesium dan tembaga iaitu dua nutrien penting yang membantu meningkatkan imuniti anda. Magnesium melegakan saraf dan otot manakala tembaga membantu perkembangan tisu saraf. Gajus juga rendah lemak dan bebas kolesterol menjadikan ia makanan ringan yang sihat dan lazat. Amalkan pemakanan sederhana iaitu 1/4 cawan sehari dan elakkan dari yang masin.

Ikan Berminyak (seperti salmon dan sardin)

Untuk penghidap tekanan darah tinggi, seelok-eloknya mengambil tiga hidangan ikan berminyak seminggu. Ikan mengandungi omega-3 asid lemak yang tinggi untuk membantu menggalakkan fingsi badan yang normal. Minyak ikan juga boleh membantu mengawal mood dan emosi yang secara drastik boleh berubah disebabkan tekanan darah tinggi. menggantikan daging merah dengan salmon dan sardin juga boleh mengekalkan berat badan yang sihat.



Sumber: makanananda.blogspot.my (terima kasih)

Untuk menerima maklumat lebih lanjut dan terkini, sila 'Like' di Facebook Page kami: https://www.facebook.com/havg.herbs