Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
- Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
- Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia.
- Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi)
10 Makanan Menurunkan Tekanan Darah:
Makanan Gandum (seperti oat)
Makanan gandum adalah pembekal serat, magnesium dan nutrien penting lain yang diperlukan untuk mengekalkan diet yang sihat dan seimbang. Makanan yang kaya dengan serat juga menjadikan anda rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Anda dicadangkan mengambil bijirin penuh yang tinggi kalium seperti soba dan sekoi.
Bawang Putih
Bawang Putih
Bawang putih adalah makanan yang baik untuk membantu melawan tekanan darah tinggi kerana ia bertindak sebagai pencair darah. Apabila dicincang ia menghasilkan allicin, satu sebatian yang mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antikulat. Ini boleh membantu melawan penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi seperti strok dan penyakit jantung. Bawang putih juga merendahkan kadar kolesterol.
Bijiran Flaks
Kandungan yang tinggi serat dan boleh membantu mereka yang cuba untuk mengekalkan diet yang ketat dan sihat. Ia juga membantu mengurangkan kolesterol dan kaya dengan omega-3 asid lemak yang melawan keradangan dan jangkitan.
Pisang
Bukan sahaja lazat, pisang juga membantu mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung. Anda dicadangkan makan pisang kerana mempunyai kadar kalium yang tinggi. Makan 2 pisang sehari juga memulihkan kadar gula dalam darah.
Kentang
Kentang sebenarnya makanan yang sihat. Ia adalah sumber kalium yang membantu menurunkan tekanan darah. Satu buah kentang besar memiliki 900 mg kalium. Kentang juga menyediakan nutrien lain termasuk karbohidrat, vitamin B6, vitamin C, serat, dan zat besi. Kentang juga kaya dengan magnesium yang membantu tekanan darah lebih rendah dan meningkatkan imuniti secara keseluruhan.
Aprikot
Aprikot adalah pilihan yang tepat untuk memerangi tekanan darah tinggi terutama apabila ia kering. Ia mengandungi serat larut yang membantu menggalakkan penghadaman dan mencegah kembung dan sembelit.
Biji Labu
Biji labu boleh memulihkan tekanan darah tinggi kerana ia mengandungi nilai zink yang tinggi.Zink yang tidak mencukupi boleh membuat arteri anda hilang keanjalan yang menyebabkan keradangan.
Brokoli
Brokoli membantu dalam menangani tekanan darh tinggi dengan baik kerana ia kaya dengan nutrien seperti vitamin C dan beta-karotena. Nutrien yang terdapat secara semulajadi dalam kebanyakan tumbuh-tumbuhan membantu menguatkan imuniti dan melawan penyakit. Sayur-sayuran dengan sebatian serupa termasuk lobak merah dan sayuran berdaun seperti kale dan bayam. Brokoli juga mengandungi kromium yang membantu mengawal insulin dan gula dalam darah.
Gajus
Kacang adalah sumber nutrien seperti besi, kalium dan serat. Gajus khususnya mengandungi magnesium dan tembaga iaitu dua nutrien penting yang membantu meningkatkan imuniti anda. Magnesium melegakan saraf dan otot manakala tembaga membantu perkembangan tisu saraf. Gajus juga rendah lemak dan bebas kolesterol menjadikan ia makanan ringan yang sihat dan lazat. Amalkan pemakanan sederhana iaitu 1/4 cawan sehari dan elakkan dari yang masin.
Ikan Berminyak (seperti salmon dan sardin)
Untuk penghidap tekanan darah tinggi, seelok-eloknya mengambil tiga hidangan ikan berminyak seminggu. Ikan mengandungi omega-3 asid lemak yang tinggi untuk membantu menggalakkan fingsi badan yang normal. Minyak ikan juga boleh membantu mengawal mood dan emosi yang secara drastik boleh berubah disebabkan tekanan darah tinggi. menggantikan daging merah dengan salmon dan sardin juga boleh mengekalkan berat badan yang sihat.
Sumber: makanananda.blogspot.my (terima kasih)

Untuk menerima maklumat lebih lanjut dan terkini, sila 'Like' di Facebook Page kami: https://www.facebook.com/havg.herbs