Jika anda selama ini malas untuk
berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan
lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus
mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah
berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan
dengan berjalan :-
1. Serangan Jantung
Berjalan boleh mengurangkan
risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari
pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh
mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik
(HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat
dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat
mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan
jantung.
2. Stroke
Satu kajian dilakukan kepada 70
ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan
kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun
hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak
Rutin berjalan kaki akan
meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti
berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut
terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan
Jika anda kelebihan berat badan,
mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu
menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis.
Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser
Gejala kanser akan lenyap dengan
sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis
kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut
melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser
usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara
dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser
payudara.
6. Mencegah Osteoporosis
Sering berjalan bukan hanya
menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh
anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya
dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan
gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari
pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis
Dengan rutin berjalan kira-kira 6
km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya
diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of
Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal
hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda
hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan
terhindar dari diabetes.
8. Depresi
Berjalan kaki dengan cepat boleh
menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit
depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang
tengah depresi.
sumber artikel

No comments:
Post a Comment