Wednesday, February 8, 2017

JUS HERBA "AL-SIHAT" - ADA YANG TANYA.........

Ada yang bertanya….. bagus ke minuman jus ini? mujarab sangat ke?

HAVG ingin memaklumkan keberkesanan sesuatu ubat atau penawar itu bergantung, salah satunya kepada keserasian ubat itu pada tubuh seseorang. Begitu banyak pilihan di pasaran, kebanyakannya baik tetapi tidak kesemuanya berkesan kepada setiap orang. Apa yang HAVG ingin tegaskan, sekiranya tiada perubahan yang positif setelah mengamalkan sesuatu ubat, cubalah yang lain. Mungkin tiada keserasian. Mungkin HAVG adalah penawarnya. Carilah.. anda pasti ketemu.





HAVG boleh sahaja beri beratus testimoni termasuk dari mereka yang pernah berada pada peringkat penyakit yang amat kronik dan kritikal. Namun, itu tidak memberi apa-apa makna sekiranya anda masih belum mencubanya. Cubalah sebulan dan anda sendiri yang ceritakan kepada kami dan juga umum apa yang anda rasa dan alami. Amat lebih bermakna jika cerita itu kepunyaan anda sendiri. Hakmilik terpelihara.

Praktikkan selama sebulan cukup dengan syarat yang sangat mudah: ambil 1 sudu waktu pagi sebelum makan apa-apa, dan 1 sudu lagi sebelah malam selepas makan, tanpa dicampur-adukkan dengan ubat yang lain terutama ubat moden berbentuk kimia.

HAVG juga ingin meyakinkan anda semua, ramuan herba yang terdapat di dalam produk "Al-Sihat" ini kesemuanya herba asli pilihan yang terbukti kebaikannya dan selamat. Jadi, ia tidak memudaratkan tubuh malah ia menyembuhkan.

Dan yang amat penting sekali, kandungan setiap herba yang digunakan dalam produk ini telah disukat begitu rupa bagi menghasilkan satu campuran jus herba yang memberi impak paling maksimum bagi keperluan setiap tubuh. 

Sekiranya telah menghidap sesuatu penyakit sejak sekian lama atau pada tahap kronik dan teruk, bolehlah ambil 2 sudu pagi dan malam. Jika tidak, 1 sudu sudah memadai bagi mengembalikan kesihatan dan kecergasan tubuh yang anda idamkan itu.

Untuk menerima maklumat lebih lanjut dan terkini, sila 'Like' di Facebook Page kami: https://www.facebook.com/havg.herbs



No comments:

Post a Comment