Sunday, January 22, 2017

MANDI WAP HERBA - FUNGSI DAN KHASIAT

Masyarakat zaman dahulu amat yakin kebaikan mandian wap untuk kesihatan badan, ketenangan minda dan kecantikan kulit dan wajah. Apabila mandian wap berserta dengan herba dan akar kayu pilihan, ia memberikan impak yang lebih baik dan berkesan. Ini sangat ketara dan sudah menjadi kelaziman di Malaysia di mana mandian wap selalu dilakukan berserta dengan herba, rempah ratus, bunga dan akar kayu terpilih. Halia dan kunyit yang terbukti mempunyai banyak khasiat adalah ramuan wajib bagi kebanyakan mandi wap herba.

Mandian wap herba akan menjadi lebih berkesan jika dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan dan disusuli dengan sesi mengurut badan dan minuman teh herba.



Fungsi dan Kesan
Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada system “kadiovaskular”. Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebankan saluran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), radang paru-paru (bronchitis) dan alahan.

Mandian wap dapat mencairkan lemak dan mengurangkan berat badan dalam kadar yang cepat serta mengurangkan stress.

Aroma dari akar kayu dan daun tumbuhan herba dapat menghilangkan bau badan. Proses mandian wap akan memberikan perasaan ketenangan dan aman.


Ramuan Herba
  •          Daun cekur
  •          Ekor buaya
  •          Ubi jaga
  •          Serai wangi
  •          Lavender
  •          Limau nipis
  •          Bonglai
  •          Gaharu
  •          Halia
  •         Kunyit
  •         Minyak kayu putih
  •       Lain-lain


Khasiat dan Kebaikan
Kebaikan mandian wap herba tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuklah:
  •         Mengeluarkan toksin dalam tubuh
  •         Melancarkan pengaliran darah
  •         Mengatasi masalah kelesuan
  •       Dapat membantu memecah lemak dan selulit
  •       Menyihat dan menghaluskan kulit
  •         Memberi tenaga dan mengurangkan tekanan
  •         Meningkatkan daya tahan tubuh
  •         Membersihkan saluran dalam sistem pernafasan
  •         Menurangkan kesakitan pada sendi


Peringatan
  • Banyakkan minum air sebelum dan selepas mandi wap kerana proses mandi wap ini mengakibatkan pengeluaran peluh yang amat banyak dan dalam masa yang singkat
  • Tidak digalakkan bagi ibu hamil dan mereka yang mengalamai masalah jantung kerana denyutan nadi boleh bertambah ke tahap 150 seminit.
  • Lakukan dalam masa 10-15 minit kemudian rehat 5-10 minit. Ulangi mandi wap selama 10-15 minit dan rehat 5-10 mint sehingga puas.
  • Pastikan tiada alahan badan pada ramuan herba, akar kayu yang digunakan.  


Mandia wap vs aktiviti lain dalam membakar kalori 
  •          Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
  •          Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
  •          Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
  •          Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
  •          Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori 

Sila 'Like' di Facebook Page kami: https://www.facebook.com/havg.herbs


1 comment:

  1. Assalamualaikum. Saya Mohd Zuhairi bin Noordin, pengasas Jutawan Herbs.

    Saya perkenalkan herba warisan turun-temurun yg telah bantu ramai psakit kanser tahap 1–4 pulih & kembali kuat, dgn izin Allah.

    Herba ni juga berkesan bantu pemulihan untuk:

    Luka kronik kencing manis & gula tinggi

    Gastrik & GERD

    Masalah buah pinggang (eGFR rendah, creatinine naik, kencing berbuih)



    ---

    Menaikkan EGFR ke paras normal semula

    Bantu kurangkan keradangan dalaman

    Bantu kurangkan tekanan oksidatif pada buah pinggang

    Bantu menyokong fungsi penapisan darah

    Bantu stabilkan eGFR secara berperingkat

    Bantu kurangkan simptom lemah & cepat penat

    Sesuai diamalkan harian sebagai ikhtiar jaga buah pinggang


    Fokus utama:

    Pulihkan badan dari dalam

    Kuatkan sistem dalaman

    Bantu buah pinggang berfungsi dgn lebih baik



    ---

    KELEBIHAN HERBA

    Boleh diamalkan jangka panjang

    Fokus bantu badan sembuh secara semulajadi

    100% herba

    Tak bertoksik & mesra badan

    Harga mampu milik & berbaloi untuk amalan berterusan

    Tak membebankan, sesuai utk psakit jangka panjang



    ---

    TESTIMONI PESAKIT (ANTARA YG TELAH AMAL)

    En Sharizal – Kanser Primary Mediastinal Large B-cell Lymphoma Stage 4B

    Pn. Nor Hayati – Kanser Payudara merebak Tahap 4

    En. Mohd Asri – Kanser Usus Tahap 2

    Suzana – Kanser Rahim Tahap 4

    Nor Azian – Kanser Payudara Triple Negative

    Muhd Aidil Izzat – Burkitt Lymphoma Tahap 4

    Noriza – Luka kaki kencing manis hampir dipotong, kini bercantum

    Adik Haziq – Hodgkin Lymphoma Tahap 4

    En. Ami Azhar – Kanser Kolon Tahap 3

    Dan ramai lagi…



    ---

    Video testimoni & kisah pemulihan

    Blog: jusinfiniti.blogspot.com


    ---

    Jangan tunggu smpai badan makin lemah.
    Ikhtiar awal itu lebih baik.

    Saya sedia bantu anda dari sudut rawatan herba, pemakanan & sokongan emosi.

    WhatsApp: 017-468 7570
    Mohd Zuhairi bin Noordin

    Sharing is caring – semoga jadi asbab kesembuhan.

    ReplyDelete